Thursday, October 22, 2009

Kesiaannn...

Isnin lepas yusuf demam, kesian dia. Mula2 tu tak bawak dia pegi klinik pun, sbb dah ada ubat demam dia kt umah tu, dapat mase dia injection utk 2 bln. Tapi still tak kebah2 jugak, ari selasa pun sama. Aku la panik, nasib baik ada jiran depan umah yang banyak membantu. Dah jugak ida yang tolong kemas-kemas umah. Mula la aku emo, sambrin pulak jauh kt laut ( hikhik macam nelayan pulak..), dapat call dr kampung pulak kata jantung mak bengkak, anak pulak demam. Aduhh serba-serbi tak kena la..

Ari rabu aku off, bawak yusuf ke klinik. Dapat ubat demam, antibiotik ngan ubat kahak. Aku pun duduk rumah jaga anak, best jugak kalo duduk rumah kan. Rase macam nk jadi suri-rumah, tp duit pulak tak masyuukk..Lepas tu jiran sebelah ajak kawan dia, suruh urut yusuf, katenye kakak tu hebat mengurut baby ni. Kak zai tu pun datang la umah, urut si yusuf ni. Aku tengok yusuf, amboi amboi amboi suke nye badan dia diusap-usap. pastu siap sendawa lagi (kak zai cakap dia kembung). Bukan main syok lagi aku tgk dia tu, mmg senyap jela kena urut. Aku pun ape lagi, kecek-kecek la kak zai tu, suruh dia urut aku next time. Macam best je kan, to kena buat appointment la ngan kakak tu, ramai yang dh book dia utk urut. Yezza, nnt sambrin dah balik offshore aku nk panggil la kakak tu dtg umah ngurut, best2...

Semalam before pegi keje, ada bintik-bintik merah kt perut yusuf. Hah kenapa tu? Aku bagitau pengasuh dia (a.k.a jiran sebelah), kakak tu cakap ni mesti allergic antibiotik. Kesian yusuf, balik keje petang tu dah sampai ke muka dah bintik-bintik tu. Malam semalam pun cepat2 la aku bawak dia ke klinik balik, dapat kan pulak ubat allergic...

Pagi tadi, alhamdulillah demam dah kebah sikit, just bintik-bintik tu la tak hilang lagi, mintak2 kurang la sikit ari ni. Aku confuse sikit ni, pengasuh yusuf cakap yusuf tak lena tidur siang, so baik belikan buai. Ape pendapat korang? Sbb aku rase yusuf tu asik nak mengempeng aje (aku terror cakap jawe ni sejak dok johor ni...). Ke nak belikan puting (soothers)? Kalo belikan buai susah nak berjalan nak angkut buai kulu kilir. Kalo belikan puting takot gigi ke depan pulak dah besar nnt.

Waddayathink??



Tengok la habis muka yusuf bintik-bintik-tp-maintain-macho-mulut-nyonyot-nyonyot

2 comments:

  1. aku dh jwb soalan ko melalui panggilan telepon td okeh. hrp dpt membantu :)

    ReplyDelete
  2. buai - kejap jer.. bile dah pandai nak kuar dr buai tu, takde ler nak tido buai dah. Umar sampai umur 7 bulan. lepas tu, bubuh la dkt mana pun.. bila dah sampai batery kong, mana pun dia bleh belasah tido.
    Pacifier - takde nye istilah gigi jongos. sampai masa nnt, cabut ahr dia. umar dlu, aku kasi can sampai 2 tahun. lepas tu aku potong depan puting tuh, dia ckp puting dia rosak..so dia takmo isap puting dah.

    ------------------------------------------
    apa pun.. aku ada petua camne nak jaga gigi anak supaya tak gongak.

    jgn biasakan dia gongong botol masa tido. make sure susu abis dlu, br suuh dia tido. sebab2:-
    1. baby senang tersedak. Bleh mati sesak napas.
    2. glukosa dlm susu tuh yg buat gigi baby cepat reput ( dentist ckp ).

    ReplyDelete