Wednesday, October 20, 2010

Sneak Peek

Dah nak siap dah rumah ni, hmmm boleh la start job-hunting ni. Tapi sayangnya nak tinggalkan PG, especially company aku la, banyak ilmu tak korek lagi ni. Tapi....kalau tak duduk rumah ni, lagi sayang kan...


Depan rumah, tapi ni bukan rumah kami...sebenarnye lupe unit kami yang mana satu, so belasah je bergambar depan rumah ni. Balik PG baru check balik address, which is selang beberapa unit baru betul..

Friday, October 15, 2010

Dah bapak dia cakap macam tue

Malam tadi, aku n suami pergi Tesco extra, nak cari present untk birthday anak sedara aku petang nie. Tengah mencari-cari present yang sesuai, aku nampakla satu happy family nie, sang ibu tengah menolak trolley yang ada anak sulung, umur dalam 4-5 thn. Sang ayah pulak menyorong stroller, si adik tengah relax je di perbaringan.

Nak dijadikan cerita, yg anak sulung ni tgh berdiri dlm trolley tu, tiba-tiba dia mcm nk jatuh, n dia terduduk la kt situ...Agaknye sakit, kepala terhantuk besi ke, kaki terpele'ot ke, of course la budak tu nangis kan... Tau ayah dia cakap ape??

"eeiii, macam pondan la kau nie....!!!"

Kalau korang, korang tergamak tak nak cakap mcm tu dekat anak? Dan, penat bekerja ke, stress ke, boleh ke dijadikan excuse??

Thursday, October 14, 2010

Reunion


Percaya tak kalau aku cakap, geng-geng aku kat UiTM dulu kan, almost semua sama company dengan aku? Unbelieveable, but believe it!! Betul ni aku tak tipu korang..

Dulu masa study years kt UiTM SA, ada la click yang memang satu geng, memang kategori BFF la. During diploma (2000-2003), satu geng aku ada 4 orang. Aku, siti, leen n suraya. awal-awal semester kureeng la rapat sikit, takat classmate je, tapi dah nak dekat-dekat habis diploma, ha time tu kitorang close la jugak. Close sebab selalu tiru assignment siti ke? Hahaha itu ye jugak la, tapi itu bukan la the only sebab aku close dengan siti tau, jangan salah sangka plak..Hah nak cite jap, dulu mula-mula register diploma, course aku ada 18 kelas tau, dari E1 sampai la E18. Memandangkan nama aku pangkal huruf S, so memang aku kat kelas E18 la (tak silap aku E18 start student dengan pangkal huruf O-Z kot...). Time tu la kenal siti, leen n suraya, kiranya itulah sejarah perkenalan aku dengan dorang semua. Tapi time tu aku kat Shah alam memang during weekdays aje. Weekend aku cabut balik rumah, time tu duduk BTR lagi...

Masuk final year je, baru betul-betul close. Aku dengan suraya ada scooter (ohh dulu aku dikenali sebagai ena skut ye..), so memang berempat jela merempit kat SA, makan ABC coklat, makan nasik lemak, n pergi kompleks PKNS & PAS (that time tak ada SACC lagi..)..Final year jugak baru close jugak dengan ina ali & tinie (sebab sama ambik major instrumentation), dan ehan (sebab kawan siti, dorang sama-sama asal from johor)..Yang major instrument berapa kerat je kan, so memang agak close la kami. Tapi time tu dengan ehan tak la close sangat, sebab dia ambik major electronics..

2003-2006, kami sambung degree, tapi time degree ni kitorang tak sama kelas. Degree ni aku banyak ketinggalan, berbanding siti yang excellent. Tapi kami still rapat la, walaupun bukan classmate kan. And ehan pun aku dah start close time ni, sebab selalu main netball sama-sama (ohh ehan sangat la terror shoot, asal shoot je mesti gol). Kitorang pun main netball bukan selalu, join kalau ada pertandingan je...

Tapi camane pulak boleh sama tempat keje ni??? Ha ni nak cerita...

Lepas graduate, kitorang semua start job-hunting la beramai-ramai. Lepas 2 bulan, aku dapat sms dari siti, dia kata dia dah dapat kerja kt mmhe, dia dengan ina ali. Aku pun ape lagi, terus call siti, tanya dia camane dia boleh dapat. Siti pun advice aku suruh apply kt company ni, sebab time tu memang company aku ni tengah banyak vacant, n yang paling penting, fresh graduate memang diterima. So aku pun ape lagi, terus apply la...lepas dipanggil interview, alhamdulillah aku diterima bekerja...Itu yang aku dari KL berhijrah ke Pasir Gudang ni...Orang lain berhijrah ke bandar, aku pulak terbalik, dari bandar ke gudang, hehehe..diam tak diam dah 4 tahun aku kat sini...

Tak lama lepas tu, bond, tinie, ehan pun join the club...Yang paling recent, suraya pun join the club jugak. Please note ye kami tak amalkan cronisme kat sini, yela aku, siti n ina ali takat engineer cabuk aje, bukan boleh recommend kawan2 pun join company ni. Memang ikut procedure, apply kat HR, n tunggu dipanggil interview...

Gitu la gamaknye...kisah kami, yang dari SA ke PG..

Raya baru-baru ni, masa attend jemputan open-house @ house-warming party kat umah ehan, kebetulan kitorang datang saing-saing (sebenarnye mmg plan datang saing..), so terasa macam reunion pulak. Walaupun kami ni satu company, tapi department lain-lain, so memang jarang jumpe la..Siap bawak junior masing-masing la, ina ali dengan luqman, aku of course dgn yusuf, n siti pulak dgn feesya..

Entry ni ditujukan special untuk ehan sebenarnye, next week ehan mungkin bertolak ke dubai atas urusan kerja selama 3 bulan (Oh ehan i envy u..). Terpaksa la meninggalkan suami n kawan-kawan demi tugas. Tapi mungkin dengan kehebatan dan kepesatan dubai tu, kurang la sikit sunyi ehan kat sana...So ann, kalau sepi-sepi tu baca la entry ini ok!!

Special untuk ehan jugak, sebaaabbbb.....nanti ehan takla lupe nak kasi souvenir from Dubai with love......!!!!!Yeayyyyy...................

Dari kiri: Ina ali, ehan, Ina Skut, Siti n Suraya..Yang berdukung dari kiri: Luqman, Yusuf n Feesya..

Yang berdukung dah taknak pandang camera. Konon-konon taknak expose sangat..

Rindu dekat Leen, yang mengajar kat Perak, tapi stay kat KL sekarang. Bile la nak jumpe agaknye??Insya-Allah, ada rezeki kite jumpe ye leen..

Friday, October 8, 2010

Sepilok Rehabilitation Centre

Hari terakhir kami kat Sandakan, before terbang balik Semenanjung, kami sefamily (memang semua ah, dari pak mertua sampai la ke anak sedara...) singgah ke Sepilok. Ramai yang tau Sepilok ni some kind of pusat untuk manjaga orang utan, to ensure spesis orang utan ni tak pupus... something like that la, aku pun main belasah je...

Atuk bersama cucu favourite (aku yang declare yusuf ni cucu favourite, sang atuk macam biase je sebenarnye...)


Nak berjalan masuk ke dalam, kat sini tenang je, n redup, sebab banyak pokok kan. Tapi tak windy pun, so very la the hot...

Standby mode: Sambil menunggu orang utan keluar, harus la posing kan. Bersama biras, isteri abang ipar yang sulung.

Standby mode Part 2: Masih menunggu..


Hah tu dia, dah datang dah. Lepas sekor, sekor datang ke podium tu, menunggu food untuk diorang.

Pastu siap posing lagi, dia tau kan ramai tengah tengok aksi-aksi dia..


Close-up sikit, tapi dia tak face camera la. Eh takla, aku yang takut sebenarnye nak pi depan dia, mane tau nnt dia melompat ke, naya aku..

Memang dah lama aku nak masuk Sepilok ni, first trip to Sandakan last 2 years tu tak berkesempatan datang sini, so this time memang seronok la. Ala-ala dream come true gitu...

Sunday, October 3, 2010

Tak pernah jumpa semurah dan sebesar ini!!!

Kerang RM3/kg.


Ketam RM6/kg

Dengan isi yang fresh, manis, n juicy lagi, pehh memang sedap ahh...No wonder la sambrin tak pandang sangat seafood kat sini, kat kampung dia boleh dapat yang fresh, murah lagi tu...

Gambar Raya 2010

Agak lambat mengepost entry tentang raya aku tahun nie, maklumla agak busy dengan open-house kawan-kawan. Kat office pulak biaselah line tak clear...

Raya this year ingatkan tak meriah tau, yela first time beraya dengan family mertua kan..Macam-macam yang aku fikir, best ke raye kat Sabah ekk? Ingatkan tak best, tapi ternyata aku silap okeyy...Raye kat rumah mertua memang la happening. Yela, sambrin ada 10 beradik, and semua adik-beradik dia balik berkumpul, ha korang bayangkan la berapa ramai..Cucu mertua aku je ada 13 orang, menantu lagi?? For aku, aku agak terkezut la jugak, sebab aku tak biasa sangat ramai-ramai, aku rimas. Aku takut aku tak pandai bawak diri je, tapi nasib baik umah mertua ni besar, so takdela berkumpul, bersesak. Kira convenient la, kalau aku bosan duduk hall, aku pi dapur...Kalau bosan kat dapur, aku pegi hall...Tapi kat sana aku memang rajin la, menolong apa yang perlu kt dapur tu. Masak memang aku tak reti ( kalau aku masak belum tentu dorang nak makan kan..), so aku just tolong yang simple2 je. Cuci pinggan, potong bawang, potong ketupat...Sambrin pulak terkezut tengok aku rajin semacam. Hihihi mesti dia pelik kan asal aku rajin giler.

Makanan so far kat sane semua food okay, tapi takdela aku makan beria-ria. Ala kadar, sekadar mengisi perut jela. Makanan kat sana lebih kurang sini je tapi cara masakan je lain..

Ok boleh checkout gambar sekarang...

Hah handsome boy, nak pergi mane tu?? Nasib baik time ni mood dia ok, so songkok kat kepala tu, walaupun tak kemas, tapi dia still tak bukak. Kalau tak tu, mesti dia campak kalau aku pakaikan.

Kami sefamily. Aduhh yusuf nape pakai songkok macam tu?

Sang kesayangan ayahnya..

And kami pun automatic jadik menantu n cucu kesayangan. Hoorayyy...

Keluarga Kapten Tahir. Ohh aku ada bagitau tak ayah mertua aku ni kapten kapal? Sempoi je suami aku, anak kapten kapal rupenye...

From left: Kakak ipar, kakak ipar, adik ipar, adik ipar, aku, biras. Nama biarlah rahsia. Sape yang paling hot? Of course la aku kan, theehehehe...