Sunday, September 19, 2010

Betul betul betul...


Memang ada lift kt rumah cousin kesayangan aku ni. Wahh, tiba-tiba dah menjadi kesayangan...Yang pasti, perkara tentang rumah yang super-duper best ni ialah.....:-

Ala-ala glass house sebab sekeliling cermin aje- ada empat tingkat- ada mini studio- ada pool- dan ada anak bujang yang pandai buat brownies!!!!!

Sweet nye, nanti nak hantar yusuf masuk bakery class la....

Friday, September 17, 2010

Cerita Raya

Ada yang dah tau kan, this year turn aku beraya kat kampung suami, di Sandakan, Sabah. Seperti korang jugak, aku pun berdebar-debar sebelum raya tu, adakah sama raya dorang dengan raya kite kat Semenanjung ni? Makan camane pulak, sedap ke? Yela, kt sini dah biase dah dengan lemang, rendang dang ketupat, kat sana ada jugak ke?

Ok, next entry aku berceloteh panjang tentang raya aku di sana. Sekarang, aku nak pergi beraya dulu kat rumah cousin aku. Dengar nya, rumah dia ada lift, betul ke? Ha aku pegi terjah kejap, nanti aku confirm balik dengan korang yerr...Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin...

Sunday, September 5, 2010

Ramainyeerr!!!

Semalam aku dan sang suami bershopping kat Sogo. Mak aihh, ramai giler!! Aku sampai kat depan pintu Sogo tu pukul 9:30 am, so ingatkan tak ramai orang lagi. Tapi sangkaan aku meleset!! Punye la ramai orang dah menunggu dekat depan entrance Sogo tu. Rupa-rupanya ramai jugak yang macam aku jugak, last minute shopping....

Antara barang yang aku beli:- Baju baby yusuf dalam 2 pasang, baju sambrin sehelai, table cloth (mak kirim), blaus aku sehelai and kuih punye canister. Jadik la, baby yusuf la raye sakan, 2 pasang baju mommy belikan.. Sambrin biasela, taknak baju baru, membazir dia kata...Aku? Ingat nak beli banyak helai tp tension dengan bentuk badan sendiri, so playsafe just beli baju yang very keibuan, ahaks...

We're waiting...

Still waiting...

Hmmm bile nak buka Sogo nie??

Dari Sogo, kami berjalan pulak ke Jalan TAR and Wisma Yakin, nak cari baju melayu untuk sambrin and adik bongsu. Nak melintas pun ramai orang. Tapi kt Jln TAR aku dah tak snap gambar dah, penat la katakan...Nak cepat-cepat beli, n cepat-cepat balik.

Barang yang disambar kt Jln TAR & Wisma Yakin:- Baju melayu 4 pasang (Sambrin, Adik Bongsu, daddy cool dan pak mertua), baju kurung 1 psg untuk mak mertua, selendang (Kak Ani officemate kirim, kt Pasir Gudang x jumpe colour yang didambakan), songkok n samping baby yusuf.

Nak melintas ke Jln. TAR.

Kesian kat Polis Trafik, sedaya-upaya menjaga traffic tapi ramai tak endahkan beliau. Patutnye time ni kereta yang jalan, tp manusia-manusia ni selamba je melintas..

Sambrin tengah good-mood la skrg, nak balik kampung beraya la katakan...This year kami balik Sandakan, Sabah baa kampung sambrin. Huhuhu, ni first time aku n baby yusuf beraya di perantauan. Selalu tu raye kt KL/ PA je. Tak dapat la pegi open house menteri-menteri kt PWTC thn nie..

Thursday, September 2, 2010

Pagi-pagi ke tempat kerja..

Macam best je buat tajuk entry panjang-panjang. Ala ala cerita shin-chan pulak, kan tajuk dia selalu panjang. Up to you la ina..Ok, boleh start cerita...


Ok, nak gi kerja ni mencabar sikit, sebab bukan takat kena hati-hati dengan lori yang bapak besar, and buat PG highway ni macam bapak dia punya, tp still kena tengok-tengok dengan bangla-bangla yang slumber derk je dia naik basikal nak gi kerja. Kesian dgn dorang sebenarnya, tp irritating jugak kadang-kadang, sebab kan bahaya kan..Ada sekali tu aku otw ke office, nampak ada satu motor ni langgar mamat bangla ni tgah kayuh basikal. alahai kesian nye....Tu belum campur yang datang jalan kaki lagi, ada jugak bangla2 yang jalan kaki. Takde duit beli basikal agaknye...

Nak masuk ke yard aku, ahai yard aku la pulak. Maksudnye company aku ler....Tengok tu siap ada polis lagi tolong jaga traffic. Betul betul betul, kalau takde polis mmg susah gile nak masuk simpang ni, and boleh jammed tau. Masalahnye kalau jammed tu structured ok la (eh jam pun kena berstruktur ke??), at least still lancar. Ni sikap-sikap orang sini ni, suka-suka je dok potong line la, orang kasi signal tak bother la, itu yang buat makin jam. Maksud aku sikap orang sini tu, tu termasuk la aku, hihihihi. Aku pun dah terikut-ikut style driving sini. Terasa morality aku dah berkurang dalam bab-bab driving ni..

Nak masuk parking. Ni bukan parking awam, ni parking untuk sape-sape yang bekerja kat tempatku ini. Tak payah bayar, so dont expect roofed parking spot, and the concept is first come first get parking basis..

Parking lot untuk motor. Banyak kan? Mmg banyak giler!!

Parking lot. Kereta pun banyak giler...

Ayuh berjalan. Bukan aku sorang je yang kena jalan kaki, ramai lagi. Ala-ala walkathon gitu..


Lepas je dari Main Gate, nuun nampak tu, ada satu kapal LNG, yang kaler hijau tu. Tu ada buat maintenance ke, offloading ke taktau la aku. Bab-bab kapal ni saya tak berapa tau sangat. Yang tau tu kapal LNG, that's all..

Yeayy nasib baik ada member tumpangkan...tq ida, xoxoxo...tak la akak berpeluh nak berjalan kaki dari depan ni ke ofis. Kalau berjalan kaki, ada la dalam 10 minit kot. Takla lama sangat, tapi boleh tahan berpeluh jugak.

Dah naik motor kan, so boleh la tengok view yang tak seberapa ni. Ha itu la current project yang sangat kepoh kat sini. Nak sailaway dah malam raya nanti, hohoho so semua yang involved project ni, cuti raya dibekukan. Ulangsuara DIBEKUKAN!!. Nasib baik i dah ditendang keluar dari project ini, ada hikmah disebaliknya. Aku ditendang keluar? Ok itu cerita lain, nnt ada masa aku story-mory..

Sekadar hiasan..

Tadaaa....ini la office aku yang hidup tak segan, tapi mati pun tak mahu...Walaupun bukan building hebat gile, takat cabin aje....tapi BEST tau jadi part of this T&C team ni. Walaupun selalu takde orang sponsor nak buka puasa, selalu tak dapat pergi teambuilding, selalu kalau family-day kena pergi area Johor je sebab takde budget,....err?!?!BETUL KE BEST NI??Hmmm, i have a second thought... Tapi seriously, best join department aku compare dengan member-member lain yang over-stressed sebab keje over-load.


Office-mate yang dah sampai awal, ada ala-ala papparazi nak ambik gambar tak? Kitorang memang, ladies cuma 8 orang je, 70 lebih lagi suma lelaki, so kitorang memang drama queens..

Jadi, sekian la liku-liku aku ke tempat kerja, demi sesuap nasi, chewah!!. Nanti kalau dah nak settle down kat KL sok, mesti aku culture shock kan, hahaha nak kejar train la, traffic jam lagi, nak hantar anak skolah lagi.....

Tuesday, August 31, 2010

Sessi Photography yang Tak Menjadi..

Bestest friend aku, uji sekarang dah berjinak-jinak dalam bizzworld, menjual pakaian baby yang super-cute and menggegarkan iman secara online. Seriously, memang geram tengok baju-baju yang konon-konon anak kita muat, konon-konon takpe, beli size besar nanti lama dia boleh pakai. Padahal aku yang kalau boleh nak beli semua, hihihi. Korang harus la checkout sayangizzshop.blogspot.com yang ada banyak choice, korang tinggal click aje..Tapi time click-click tu pastikan dalam akaun ada balance ya.

So, aku pun dah beli 4 pasang babyGAP pyjama, tapi bukan untuk yusuf sorang aje ok... This year yusuf first time beraya kat kampung suami i kt Sabah, so dia kena la ambik hati sepupu-sepupu kt sana, so beli la sorang sepasang untuk sepupu yang baya-baya dia la..Aku ambik size sumer besar2, sebab anak buah kt sana aku tak tau la size macam mana kan, so aku just playsafe la..Kalau besar takpe, kalau kecik? Itu yang frust tu...Lepas shopping, niat di hati nak la suruh yusuf melaram dengan sume pyjama tu. Tapi time aku nak snap gambar je, dia dah rampas camera dari tangan aku. Aku rampas balik ( hahaha brutal tak anak-beranak??) dia menangis pulak. Nak tak nak aku pun kasi jela camera tu kat dia. So just ambik gambar guna handphone je la...Takpe, jadik la...Pastu si yusuf ni bajet hebat, dah dapat camera terus taknak dekat dengan aku dah, so tak dapatla aku nak tukar pyjama yang design lain..

Beli size besar, so agak labuh, sebab tu baju kena tuck-in. Tapi kira ok, kain pun best...Yang penting, tak mahai sangat, hehehhe...


Opps sorry, shaking pulak...

Hai yusuf muka macam tak puas hati je, takut mommy ambik camera tu ke??


Abaikan props kt belakang yang bersepah itu...


Pyjama dah ada, tinggal baju raya yusuf belum beli lagi, semalam pergi Jusco Tebrau City, ingat nak shopping raya tp cancel...ramai gile orang, pening i...online shopping jela kan bagus..


Tuesday, August 24, 2010

Its Never Too Late...

...to wish Selamat Berpuasa to all my friends, family and blogger-blogger di luar sana.

Dah dekat 15 hari kite berpuasa, raya pun dah dekat ni, tapi preparation tak buat lagi. Yela kalau aku buat preparation pun, satu masalah aku, aku memang jarang snappy-snappy gambar ni...Orang lain aku tengok, memasak pun ambik gambar, which is good la sebab dia punye intention untuk share activity dia. Aku kena ambik contoh la blogger-blogger kt luar sana..

Ok hopefully next entry aku akan update something yang fresh, interesting dan yang penting, ikhlas....

Sunday, August 8, 2010

Sweetest Movie ever!!!


May you never steal, lie or cheat..
but..
If you must steal, steal away my sorrow
If you must lie, lie with me every night in my life
If you must cheat, please cheat death


Amacam, ada terasa sweet tak kalau ada orang cakap kt korang mcm kt atas? Tapi yang kaler merah jangan la ikot/ percaya, kite kan orang islam, tak baik...Must watch movie, LEAP YEAR. aku ada simpan movie ni, sape nak nanti aku kasi ok...