Ok, nak gi kerja ni mencabar sikit, sebab bukan takat kena hati-hati dengan lori yang bapak besar, and buat PG highway ni macam bapak dia punya, tp still kena tengok-tengok dengan bangla-bangla yang slumber derk je dia naik basikal nak gi kerja. Kesian dgn dorang sebenarnya, tp irritating jugak kadang-kadang, sebab kan bahaya kan..Ada sekali tu aku otw ke office, nampak ada satu motor ni langgar mamat bangla ni tgah kayuh basikal. alahai kesian nye....Tu belum campur yang datang jalan kaki lagi, ada jugak bangla2 yang jalan kaki. Takde duit beli basikal agaknye...
Nak masuk ke yard aku, ahai yard aku la pulak. Maksudnye company aku ler....Tengok tu siap ada polis lagi tolong jaga traffic. Betul betul betul, kalau takde polis mmg susah gile nak masuk simpang ni, and boleh jammed tau. Masalahnye kalau jammed tu structured ok la (eh jam pun kena berstruktur ke??), at least still lancar. Ni sikap-sikap orang sini ni, suka-suka je dok potong line la, orang kasi signal tak bother la, itu yang buat makin jam. Maksud aku sikap orang sini tu, tu termasuk la aku, hihihihi. Aku pun dah terikut-ikut style driving sini. Terasa morality aku dah berkurang dalam bab-bab driving ni..
Nak masuk parking. Ni bukan parking awam, ni parking untuk sape-sape yang bekerja kat tempatku ini. Tak payah bayar, so dont expect roofed parking spot, and the concept is first come first get parking basis..
Lepas je dari Main Gate, nuun nampak tu, ada satu kapal LNG, yang kaler hijau tu. Tu ada buat maintenance ke, offloading ke taktau la aku. Bab-bab kapal ni saya tak berapa tau sangat. Yang tau tu kapal LNG, that's all..
Yeayy nasib baik ada member tumpangkan...tq ida, xoxoxo...tak la akak berpeluh nak berjalan kaki dari depan ni ke ofis. Kalau berjalan kaki, ada la dalam 10 minit kot. Takla lama sangat, tapi boleh tahan berpeluh jugak.
Dah naik motor kan, so boleh la tengok view yang tak seberapa ni. Ha itu la current project yang sangat kepoh kat sini. Nak sailaway dah malam raya nanti, hohoho so semua yang involved project ni, cuti raya dibekukan. Ulangsuara DIBEKUKAN!!. Nasib baik i dah ditendang keluar dari project ini, ada hikmah disebaliknya. Aku ditendang keluar? Ok itu cerita lain, nnt ada masa aku story-mory..
Tadaaa....ini la office aku yang hidup tak segan, tapi mati pun tak mahu...Walaupun bukan building hebat gile, takat cabin aje....tapi BEST tau jadi part of this T&C team ni. Walaupun selalu takde orang sponsor nak buka puasa, selalu tak dapat pergi teambuilding, selalu kalau family-day kena pergi area Johor je sebab takde budget,....err?!?!BETUL KE BEST NI??Hmmm, i have a second thought... Tapi seriously, best join department aku compare dengan member-member lain yang over-stressed sebab keje over-load.
Office-mate yang dah sampai awal, ada ala-ala papparazi nak ambik gambar tak? Kitorang memang, ladies cuma 8 orang je, 70 lebih lagi suma lelaki, so kitorang memang drama queens..
Jadi, sekian la liku-liku aku ke tempat kerja, demi sesuap nasi, chewah!!. Nanti kalau dah nak settle down kat KL sok, mesti aku culture shock kan, hahaha nak kejar train la, traffic jam lagi, nak hantar anak skolah lagi.....
wah.. jauhnye berjalan. mcm bdk2 letrik & awam nk p kuliah je aku rs (merujuk kpd uniform yg korang pakai) apepun sume ni kenangan na, esok PG la yg ko rindu2kan.
ReplyDeletebila nk settle down kt KL ni? x sbr dh aku. ke nk tunggu aku beranak no 3 pulak? *hiks*
wah..nice n3 beb..=)..something yg blh dibuat kenangan bile kte xkje kat cni nt..
ReplyDelete