Wednesday, August 4, 2010

Sapenah's Wedding

First of all, aku mintak maaf sebab lambat post entry pasal perkahwinan sapenah. Sapenah ni kawan aku time kt cheras dulu. Very low profile orang nye, sopan santun lemah lembut hati mulia, memang same la dgn aku. Kawan la katekan, hehehe…dia ni low profile, sampai aku ingatkan dia ni background same dgn aku je…walhal nye, dulu ayah dia manager kt petronas okeyyy…n mak dia pulak ex-stewardess okeyyyy….

Ok mari cerita background sapenah dulu. Dia ni classmate aku dari form 4 sampai form 5. Lepas tu same-same join kelas PPS (Pusat Persediaan Sains) Kolej Nadi kt Kg Baru…Time sekolah dulu kitorang kira baik la, aku-hana-sue-akmar-ayu-sapenah, sbb itu je yang budak melayu perempuan kan, yang lain sume Chinese. Classmate aku dulu bape kerat je melayu, ada la dalam 11 orang, so of course la kami close kan. Tp time kolej nadi aku dgn sapenah tak rapat sangat…seat dia nuunnn kt depan, seat aku pulak jauh kt belakang…Bukan sebab kitorang gaduh ke, tp sebab dia rendah, dan aku tinggi, hekhekhek…tak tinggi mane pun tapi lagi tinggi dari sapenah la, so kena la duduk belakang kan.

So aritu bile dapat invitation dari sapenah, aku sangat excited. First sebab dia nak kawen, aku tumpang gembira. Second aku fikir mesti ramai kawan2 yang datang ni, so mesti dapat gossip-gossip. Tapi yang attend cuma aku n sue aje, yang lain semua ada hal. Uji dah nak bersalin time tu, hana pulak ada job, dan akmar pun ada majlis lain, sedara dia kawen ke tunang ntah..So aku dgn sue jela, aku datang sorang, sbb Sambrin kt miri, n baby yusuf aku tinggalkan la dengan mak aku. Sue datang dgn che mat dengan baby ariana. Darius (anak sue yang sulung) dah bujang, so dia pergi merempit dengan pakcik dia (darius 3 tahun).

Bile paluan kompang, setelah lama x jumpe sapenah, tengok dia berseri2 dengan sang suami, aku pulak yang excited lebih….sapenah sangat cantik dengan kulit dia yang mulus itu.. Sempat ambik gambar sekeping dua buat kenangan, yela majlis kat dewan kan, karang duduk kt table lama2 orang lain x dapat nk makan pulak..So kronology aku dgn sue simple je: Sampai- Makan- Abis Makan- Ambik gambar- Balik. Sekian…hihihi rase macam kantoi pulak yang niat utama pergi majlis kawen adalah sbb nak makan lauk kenduri…

Aku doakan sapenah berbahagia di samping suami, n harap2 sapenah pun doakan kebahagiaan kami sefamili…

Ok masa untuk tengok gambar. Zaass..Tapi memandangkan aku dah gemuk, so aku xde la excited sgt nak bergambar. Kalau dulu, pantang nampak camera, mesti aku terpacul je depan camera, sambil posing maut. Sekarang??Sudah out maaa....









Wahhh, memang bulat rupenye aku...huwaa....

Macamane boleh rajin update blog nie?

Pelik tak, before ni gap antara satu entry to the nest mesti jauh, kadang2 sampai berminggu-minggu!! Tapi pasan tak, dua tiga menjak ni rajinnye update blog. Padahal bukan saje streamyx, laptop pun takde kt rumah tu. and PC kt office pun under admin, so mmg dah tak boleh install pape dah kt PC tu. So nak tau rahsia? Firstly thanks to........



Beliau la hacker yang berjaya membolehkan aku install internet from phone aku ke PC!!! Sang suami tau, bukan sang anak. Tapi leceh sikit, sbb before cucuk pendrive yang membolehkan internet tethering dari iphone, aku kena shutdown dulu, so IT xboleh nk detect la, hihihi. And before unmount pun kena shutdown dulu...tapi kira bersyukur la kan boleh jugak update blog, baca gossip, baca online paper...n carik info berguna pasal kerja (ayat konon2 nak bgtau suami berbaloi la dia menyediakan facility ini untuk aku, hikhik..)

So azam aku sekarang nk rajin-rajin update blog, n nk join facebook...wish me luck!!

Monday, August 2, 2010

Happy Birthday!!!

Happy birthday to our beloved son, Aniq Yusuf bin Sambrin, who turns 1 year old today...Mommy and daddy love you so much, tapi kalau terdapat adik dalam masa terdekat ni jgn marah yeeerrr....

Semalam ada la buat aniq yusuf's birthday bash kt rumah. Segala nya berjalan lancar, tp rumah aku sempit kan, so very congested la, chewah macam laporan traffic hotfm pulak. Mula2 tu ingatkan makanan banyak, takut tak habis, tapi Alhamdulillah almost semua hidangan habis. Ada balance roti jala sikit, pagi tadi bawak ke office kasi kawan2 makan. Memang before party ni dah mintak advice dari hana, tanye dia ape yang perlu supaya tak membazir. Tips yang paling penting, food biar variety, kuantiti jangan over. So antara menu yang ada:-mihun goreng, roti jala, kek sponge, kuih seri muka, tembikai, air oren, air teh. Tapi agak slack sikit sbb aku terlupa nk sediakan air basuh tangan, so tetamu sumer masuk la dapur aku yang sangat-sangat-sangat bersepah...hihihi malu je..

Dapat birthday present dari kawan-kawan, so terima kasih banyak-banyak ye kak zana, kak ani, yus, ct, jijah, saiful & fara. Yang kelakar tu kak zana n kak ani datang bawak hadiah yang sama!!. Beli aku x sure la tempat yang sama ke lain, tp memang dah ada 2 la kereta kt rumah tu. Takpelah nnt satu bawak balik PA, satu lagi biar kt PG. So nnt balik kampung xyah bawak kereta tu lagi. Special thanks pada ida, jiran cum tuan rumah yang banyak tolong aku, yela aku ni bukan reti sangat kan..Ida ni pulak memang serba tau, kakak sulung la katakan. Aku ni kena belajar dgn ida ni, dah la this year raye kt seberang laut ( Sabah baa..)


Birthday cake, yummy.....


Ni sebelum nak potong kek, aku yang excited lebih, huhu


Ni la double hadiah yang aku cakap tadi, memang sama!! Tp kira ok la nanti boleh racing dangan member kan yusuf kan..


More presents..


Overall party ok, cuma post-party la penat sikit. Balik keje kang nak sambung kemas lagi, eh alamak nk kena cari baju raya dulu, sambrin dah nak gi miri dah hari rabu nanti. Nak kaler ape yekk tahun ni??

Monday, July 19, 2010

I Feel Good..

You know that i would....

Bukan bermakna aku good mood je memanjang,cuma aku skrg cuba serapkan the positivity in me....baru realize that environment aku very positive,aku je yang negative thinker...

Ok ok mari update cerita terlatest!!!
1. Suami masih dioffshore..tp aku disini masih under control,mampu bgn pagi buat bubur n mandi kerbau pagi2 sbb yusuf mesti dh bgn time aku mandi n meraung2 dpn toilet..

2. Yusuf pulak makin dewasa,pandai berjalan dgn sokongan penuh dari aku (pegang tgn ler tu)..mungkin baligh awal sbb dh pandai pegang bebird dia.....hahaha mummy pecahkan rahsia yusuf!!!!

3. Kerja makin banyak,n at least sehari mesti naik site sekali,kalau tak kena perli dgn boss. Boss baru ni selalu pura-pura xtau tp sumer bende atas topsides tu dia tau ok....bile la nk jadi mcm beliau...

4. Baju raye belum beli lagi

5. Ohh,aku obsessed dengan GLEE!!!Suke dengan watak rachel yang freak dan irritating itu.

Ok takat ni dulu,nnt ada masa aku continue lagi k..daa..

Friday, July 9, 2010

To Blog Lists

1. Sapenah's wedding
2. Bangah's wedding pahang
3. Bangah's wedding PA
4. Sweetest movie ever

So my dear friends,wait for it..dont blame me,skrg kan musim assessment,kena la berlakon kan,hehehe.....

Saturday, May 29, 2010

La Loser

Ye, itula telenovela terbaru...about me. my life. Ehh bukan hidup aku, tp tentang aku. My life's good. I have great job with a good pay, great husband, surrounded by nicest people ever, tak lupe jugak baby yusuf ku.

Apart from that..

Its me. Aku. Saye. terasa diri ini loser sangat. Great job. Tapi aku x great. Aku tak bagus. Kerja biase-biase je. Setakat execute kerja yang diberi. Tapi takat tu jelah. Takdelah sampai berjaya mengurangkan kos syarikat. Takdelah sampai progress ahead of schedule. Selalu je kena marah dgn client. Selalu je buat satu-satu kerja tu sampai berkali-kali. Kadang-kadang tu smpi kena mintak tolong orang, baru boleh buat. Bile kena marah je, banyak yang aku nak cakap, aku pun ada point, hujah aku jugak. tapi, aku lebih selesa berdiam diri. Sebanyak mane pun idea aku kt kepala otak aku ni, tp still....hanya diam dan tersenyum...

Great husband. Tapi aku tak great. Aku bukan la isteri yang sentiasa taat kt suami. Selalu jugak aku betah, membantah cakap suami. Rasenye aku dapat je ape yang aku nak, mesti suami aku kasi je. Kadang-kadang tu yang aku taknak pun dia bagi. Dalam diri aku, mmg aku meletakkan suami di tempat pertama, tp action aku bukan begitu. Itula yang susah tu. Contoh kalau nak mintak permission, tp cara aku lebih kepada just bagitau. Korang faham tak. Ha time tu la start krisis. Kalau dah start krisis la yang susah tu, berbalik pada cite kt atas tu. Aku lebih selesa berdiam diri. Siap kadang2 tu tanye lain, lain pulak aku jawab, berbelit-belit sbb taknak bagitau perasaan aku yang sebenar. Sang suami selalu tanye ape yang aku nak, dia tak tau ape yg aku nak. Macamane dia nak tau kan, sbb aku x bagitau..

Kenapa aku mcm tu eyh? Kadang2 orang lain yang stands for aku. Dulu, ingat lagi rasenye hana yang maki orang yang penah muncul dlm hidup aku. Dulu mak aku yang tolong cakap kt boss yang aku nk benti keje kt kedai reebok. Tapi sekarang, takkan aku still nak harapkan orang lagi? Aku dah ada suami, tp mcmane suami nak tolong sedangkan aku x tolong diri aku sendiri? Aku dah ada anak, takkan aku nak biarkan dia jadi seperti aku bila besar nanti? Panic attack! Panic attack! Alamak alamak umur nak dekat 30 baru notice yang diri ini ada issue ( cheh taknak cakap bermasalah tu...)?Huhu takotnye...

Entry ni sekadar luahan hati aku, harap korang yang membaca tidaklah salah tanggap ttg diri aku dan hidup aku. Aku memang kena berubah, tp bile?

Sunday, May 23, 2010

Wrap Up

Wahh, lamenye aku tak update blog aku ni...dan mukabumi blog aku ni pun tak berubah pun, masih di takuk lama...aku ni mmg macam ni la...tp 2 3 menjak ni aku memang busy, ada je kerja yang nak dibuat...time bujang dulu boleh la stayback sampai malam, tp sekarang ni idok la sampai hati teman nak meniggalkan yusuf di rumah pengasuh dia...Sang daddy pulak jauh kt miri tu...rase rugi pulak kalo ter miss hari hari dia membesar, hikhik kelakar pulak ayat aku ni...

Sepanjang ketidak-aktifan aku berblog ni, meh sini aku nak cerita sikit ape yang aku buat. Harap korang tak boring la membaca, sebab entry ni tak disertakan dgn visual (punye la busy nak snapy-snapy pun tak sempat). Sekarang ni project yang aku involve ni dah ada peak sikit. Walaupun banyak construction yang tak siap lagi, tp kami team pre-comm ni kena jalan la mane yang boleh jalan. Dalam 2 minggu ni vendor aku (chewah mcm aku yang bayar vendor tu), datang nk buat testing system dia, so kitorang support la mane yang dia nak. Mula-mula tu aku malas nak naik site, tp ada sekali tu naik site, aku kena sound dengan client (petronas), dia sekolahkan aku, so aku pun nak tak nak sekali sehari kena la tunjuk muka kt site. Tp bagus jugak, naik site dengan harapan boleh la kurus sikit..Selalunye aku naik site pagi, so petang lepas lunch aku duduk ofis je buat documentation. So takdela kulit hitam sangat sbb pagi tak terik. So far berat aku turun 1 kg, fyi. Ok what...

Ok cukup bab keje (yeke busy ina ni cite pasal keje 1 para je, kalau busy mesti berjela-jela. tp korang tau la kan aku lagi rajin bercakap dari rajin menulis kan. Tak dapat menandingi mak izz yang rajin bercakap dan rajin menulis, hehehe jgn marah ji..

Minggu lepas, aniq yusuf demam. Sebab nak tumbuh gigi. Kesian dia. Aku yang dah besarpun bab-bab gigi ni memang tak tahan la sakit, ni kan pulak dia, budak lagi..tp sekarang dia dah kira dewasa la sbb dh tumbuh gigi 2 batang. Hah? baru 2 batang dah dewasa? Kalau gigi tumbuh semua kategori ape pulak? takpe itu next time boleh fikir. Aku pun cuti la sehari babysit yusuf (tp mase time nk apply cuti tu, senyap2 je letak atas meja boss). Baru nak baik demam lepas tu, naik pulak bintik2 kt tangan n kaki dia. Takut terkena hand-foot-mouth desease, aku pegi la bawak ke klinik lagi sekali. Nasib baik xde ape, cuma alahan biase. Sekarang dia sihat, cuma menguji kesabaran aku sbb dia asyik nak ada orang je dgn dia. Kalau petang balik keje tu, kalau aku mandi, n aku masukkan dia dalam walker, dia punye menangis, aduuhhh takot orang kate aku dera anak je. Meraung-raung, meleleh-leleh air mata...nak mandi lama-lama pun x boleh...itula anakku..

Oh, esok cuti wesak day. Terima kasih pada suamiku yang kasi permission aku balik ke kampung. Walaupun dia tau kalo dia tak kasi pun aku mesti balik jugak. Tp aku pun tau yang x mungkin dia tak kasi aku balik..