Saturday, May 29, 2010

La Loser

Ye, itula telenovela terbaru...about me. my life. Ehh bukan hidup aku, tp tentang aku. My life's good. I have great job with a good pay, great husband, surrounded by nicest people ever, tak lupe jugak baby yusuf ku.

Apart from that..

Its me. Aku. Saye. terasa diri ini loser sangat. Great job. Tapi aku x great. Aku tak bagus. Kerja biase-biase je. Setakat execute kerja yang diberi. Tapi takat tu jelah. Takdelah sampai berjaya mengurangkan kos syarikat. Takdelah sampai progress ahead of schedule. Selalu je kena marah dgn client. Selalu je buat satu-satu kerja tu sampai berkali-kali. Kadang-kadang tu smpi kena mintak tolong orang, baru boleh buat. Bile kena marah je, banyak yang aku nak cakap, aku pun ada point, hujah aku jugak. tapi, aku lebih selesa berdiam diri. Sebanyak mane pun idea aku kt kepala otak aku ni, tp still....hanya diam dan tersenyum...

Great husband. Tapi aku tak great. Aku bukan la isteri yang sentiasa taat kt suami. Selalu jugak aku betah, membantah cakap suami. Rasenye aku dapat je ape yang aku nak, mesti suami aku kasi je. Kadang-kadang tu yang aku taknak pun dia bagi. Dalam diri aku, mmg aku meletakkan suami di tempat pertama, tp action aku bukan begitu. Itula yang susah tu. Contoh kalau nak mintak permission, tp cara aku lebih kepada just bagitau. Korang faham tak. Ha time tu la start krisis. Kalau dah start krisis la yang susah tu, berbalik pada cite kt atas tu. Aku lebih selesa berdiam diri. Siap kadang2 tu tanye lain, lain pulak aku jawab, berbelit-belit sbb taknak bagitau perasaan aku yang sebenar. Sang suami selalu tanye ape yang aku nak, dia tak tau ape yg aku nak. Macamane dia nak tau kan, sbb aku x bagitau..

Kenapa aku mcm tu eyh? Kadang2 orang lain yang stands for aku. Dulu, ingat lagi rasenye hana yang maki orang yang penah muncul dlm hidup aku. Dulu mak aku yang tolong cakap kt boss yang aku nk benti keje kt kedai reebok. Tapi sekarang, takkan aku still nak harapkan orang lagi? Aku dah ada suami, tp mcmane suami nak tolong sedangkan aku x tolong diri aku sendiri? Aku dah ada anak, takkan aku nak biarkan dia jadi seperti aku bila besar nanti? Panic attack! Panic attack! Alamak alamak umur nak dekat 30 baru notice yang diri ini ada issue ( cheh taknak cakap bermasalah tu...)?Huhu takotnye...

Entry ni sekadar luahan hati aku, harap korang yang membaca tidaklah salah tanggap ttg diri aku dan hidup aku. Aku memang kena berubah, tp bile?

Sunday, May 23, 2010

Wrap Up

Wahh, lamenye aku tak update blog aku ni...dan mukabumi blog aku ni pun tak berubah pun, masih di takuk lama...aku ni mmg macam ni la...tp 2 3 menjak ni aku memang busy, ada je kerja yang nak dibuat...time bujang dulu boleh la stayback sampai malam, tp sekarang ni idok la sampai hati teman nak meniggalkan yusuf di rumah pengasuh dia...Sang daddy pulak jauh kt miri tu...rase rugi pulak kalo ter miss hari hari dia membesar, hikhik kelakar pulak ayat aku ni...

Sepanjang ketidak-aktifan aku berblog ni, meh sini aku nak cerita sikit ape yang aku buat. Harap korang tak boring la membaca, sebab entry ni tak disertakan dgn visual (punye la busy nak snapy-snapy pun tak sempat). Sekarang ni project yang aku involve ni dah ada peak sikit. Walaupun banyak construction yang tak siap lagi, tp kami team pre-comm ni kena jalan la mane yang boleh jalan. Dalam 2 minggu ni vendor aku (chewah mcm aku yang bayar vendor tu), datang nk buat testing system dia, so kitorang support la mane yang dia nak. Mula-mula tu aku malas nak naik site, tp ada sekali tu naik site, aku kena sound dengan client (petronas), dia sekolahkan aku, so aku pun nak tak nak sekali sehari kena la tunjuk muka kt site. Tp bagus jugak, naik site dengan harapan boleh la kurus sikit..Selalunye aku naik site pagi, so petang lepas lunch aku duduk ofis je buat documentation. So takdela kulit hitam sangat sbb pagi tak terik. So far berat aku turun 1 kg, fyi. Ok what...

Ok cukup bab keje (yeke busy ina ni cite pasal keje 1 para je, kalau busy mesti berjela-jela. tp korang tau la kan aku lagi rajin bercakap dari rajin menulis kan. Tak dapat menandingi mak izz yang rajin bercakap dan rajin menulis, hehehe jgn marah ji..

Minggu lepas, aniq yusuf demam. Sebab nak tumbuh gigi. Kesian dia. Aku yang dah besarpun bab-bab gigi ni memang tak tahan la sakit, ni kan pulak dia, budak lagi..tp sekarang dia dah kira dewasa la sbb dh tumbuh gigi 2 batang. Hah? baru 2 batang dah dewasa? Kalau gigi tumbuh semua kategori ape pulak? takpe itu next time boleh fikir. Aku pun cuti la sehari babysit yusuf (tp mase time nk apply cuti tu, senyap2 je letak atas meja boss). Baru nak baik demam lepas tu, naik pulak bintik2 kt tangan n kaki dia. Takut terkena hand-foot-mouth desease, aku pegi la bawak ke klinik lagi sekali. Nasib baik xde ape, cuma alahan biase. Sekarang dia sihat, cuma menguji kesabaran aku sbb dia asyik nak ada orang je dgn dia. Kalau petang balik keje tu, kalau aku mandi, n aku masukkan dia dalam walker, dia punye menangis, aduuhhh takot orang kate aku dera anak je. Meraung-raung, meleleh-leleh air mata...nak mandi lama-lama pun x boleh...itula anakku..

Oh, esok cuti wesak day. Terima kasih pada suamiku yang kasi permission aku balik ke kampung. Walaupun dia tau kalo dia tak kasi pun aku mesti balik jugak. Tp aku pun tau yang x mungkin dia tak kasi aku balik..